Kan Ku terus mengatur langkah mencari CintaMu...

Thursday, October 28, 2010

4 golongan LELAKI ke neraka..


Pertama:- 'Ayahnya'
- Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya'
- Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya'
- Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya..
Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya'
- Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam..
Maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda.. Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Nilai seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab. Insya-Allah.

AMIN YARABBALALAMIN

...oleh Islamic Glory...

Tuesday, October 19, 2010

Perjalanan Hidup...

Perjalanan hidup ini
perlu menempuhi onak dan duri
masih jauh untuk diterokai
pahit dan getir perlu diharungi

untuk menuju ke destinasi
perlukan jutaan pengorbanan
untuk tiba ke puncak yang tujui
seperti yang diharap-harapkan

Senang atau sukar
menempuh ranjau perjalanan
menggapai matlamat sebenar
menghadapi liku penerokaan

sememangnya perlu meniti
suatu fasa kehidupan
yang panjang tanpa disedari
bagi meraih suatu pengalaman

Pendakian hidup ini
mungkin sukar untuk direalisasikan
seperti yang diingini
seperti yang diimpi-impikan

kalau sekadar
hanya membawa bingkisan ilmu
kalau sekadar
hanya diperolehi dari buku

segulung ijazah bukan ukuran tepat
menilai suatu kejayaan
tapi lebih kepada melihat
seberkas nilai kehidupan

yang digunakan sebaik mungkin
agar tidak disia-siakan
yang disebarkan pada yang miskin
agar terus diperkembangkan

Thursday, October 14, 2010

Cinta...

Kata orang
cinta itu indah.
Kata orang juga
cinta itu sungguh menyakitkan.

Ada juga yang kata
tanpa cinta
manusia tidak dapat merasai
makna kehidupan sebenar.

Tapi cinta,
bukan hanya merangkumi
cinta antara kaum adam dan hawa
seperti kisah cinta
antara Laila dan Majnun,
kisah epik cinta Romeo dan Juliet.

Cinta itu luas pengertiannya.
Kasih antara anak dan ibu bapa
juga dipanggil cinta,
kasih sayang antara sahabat
boleh juga ditafsirkan sebagai cinta,
sayangi alam sekeliling
walaupun bukan sesama manusia
juga boleh diertikan sebagai cinta.

Tapi cinta yang paling agung
adalah cinta pada yang Esa.
Cinta pada yang Satu
Cinta yang akan berkekalan

Kita sebagai manusia sudah dianugerahkan
dengan perasaan kasih dan cinta
dan kita harus menghargai
anugerah yang tidak ternilai ini.

Wednesday, October 6, 2010

Kunang-Kunang...

"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam,
memadailah kita menjadi kunang-kunang yang menemani malam"



Kunang-kunang...
tidak ingin kalah dengan bulan dan bintang
yang berkelipan menerangi malam
Kunang-kunang...
  megah memancarkan sinar cahayanya
menerangi malam-malam yang suram...