Kan Ku terus mengatur langkah mencari CintaMu...

Wednesday, October 19, 2011

Cukuplah Aku Mencintaimu Dalam Diam ♥...

Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH. "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah.
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak. Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup.

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti, kelak ada insan yang bakal dilukai, Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti hati yang kecewa sendiri. Sebaliknya, gantunglah segenap  pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri.

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan.
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan.

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya "Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga." (Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” (HR. Al-Hakim)

Usah Risau Jika Belum Berpunya...

Resah.
Gelisah.
Seraut wajah termenung jauh....

"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".

Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas hala & haram. Yang penting, dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menangih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nimatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini kepadamu wahai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang dah sampi saat nak memiliki, tabahlah & teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha itu anda memang dah betul-betul mampu & sedia.

Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku & banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? Dengan SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak & iman.

Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran & Sunnah.

Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yg tidak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~

1st Thing 1st:

- Pelajaran
- Kerjaya
- Berbakti kpd Ibu Bapa
- Berumah Tangga dengan REDHA ALLAH..~

Monday, October 17, 2011

Ketika Tuhan menciptakan wanita...

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama Engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,
"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan..., dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dengan takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,
"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,
"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA, DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Terimalah Dia Apa Seadanya, Jangan Terlalu Memilih...

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…

Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa

Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN,
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL

Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,

Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…
Itu lebih BERMAKNA !

Friday, October 14, 2011

Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥...

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Bila SUAMI balik rumah....

Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o

ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Darjat seorang isteri...

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

Thursday, October 13, 2011

Bila hati mula bersuara...

Mak merenung jauh. Melihat nasib tuanya. Hatinya sungguh sayu. Sekiranya arwah ayah masih hidup, sudah pastilah bukan sekarang ini galur hidup mak. Dari luar jendela, mak memandang jauh ke rumah Opah, rumah emak mentuanya. Rumah yang dulu begitu usang akhirnya menjadi sebuah rumah idaman yang besar dan selesa. Mak membandingkan antara rumahnya dengan rumah opah. Samakah situasinya? Hatinya tertanya-tanya. Apa bezanya. Hatinya kian bercelaru.

Teringat mak akan dikala pinangan dari bakal suaminya. Dia tidak pernah terlintas untuk merasakan bahawa hidupnya selesa dan mewah maklumlah arwah ayah adalah seorang guru. Mak tak kenal langsung siapa bakal suaminya itu. Apa yang dia tahu, pada waktu seusia begitu, dia sudah boleh dicapkan sebagai anak dara tua. Rakan-rakan sebaya dengannya semuanya sudah beranak pinak. Kakaknya sendiri sudah tiga orang anaknya. Jetun, kawan baiknya juga dah dua orang anaknya. Mak? Baru sahaja mencecah usia 20 tahun barulah ada orang yang masuk meminang. Bukannya apa sebabnya sebelum ini Mak begitu sibuk dengan pelbagai kemahirannya sebelum disunting orang. Bukan salah mak juga, arwah atuk juga yang berkeinginan menghantar mak untuk belajar memasaklah, belajar menjahitlah dan sebagainya. Atuk hendak anak perempuan bongsunya ini jadi seorang wanita yang serba boleh. Begitulah impian arwah atuk. Mak akhirnya disunting oleh bukannya orang lain. Anak saudara Naib Tok Kadi Mukim ini juga. Siapa tak kenal keturunan Tok Naib (gelarannya) di mukim ini. Keturunan orang alim-alim dari Batu Bara. Siapa tak kenal keturunan itu, alamat tak kahwin le sampai ke tua gayut.

Mak memerhatikan dari kejauhan ini, berbalam-balam rasanya kesepian hatinya. Ayah telah lama pergi meninggalkan mak keseorangan untuk meneruskan hidup ini. Mak tidak dapat membayangkan kesepian hidupnya biarpun selama 23 tahun mak belum pernah mengalaminya. Kadang kala mak menangisi akan kesepian yang melanda hati kecil ini. Pernah mak menyalahkan takdir yang memisahkan kasihnya dengan orang yang amat disayanginya itu. Mak selalu merasakan kekosongan hidupnya tanpa ayah di sisi. Kesepian itu benar-benar mengugat kesetiaannya kepada jiwa yang turut bersemadi di dasar tanah itu. Sekiranya dulu mak merelakan pemergian ayah tapi kini hati kecilnya seringkali tertanya-tanya kenapa ayah mesti meninggalkan dia keseorangan di dunia ini. Keseorangan dengan dikelilingi oleh anak-anaknya yang tidak pernah ingin mencurahkan kasih sayang mereka kepadanya. Mak benar-benar kesepian ibarat tunggul kayu di hutan belantara. Ada anak seramai tujuh orang pun dia merasakan macam dia langsung tidak pernah melahirkan apa-apa zuriat ke atas muka bumi ini.

Adakah salah mak mendidik mereka? Apakah mak selama ini telah tersalah menyuapkan mereka makanan yang tidak berkat ke dalam mulut mereka? Mak berkira-kira bahawa selama ini apa yang tidak cukup yang telah dia curahkan kepada anak-anaknya itu. Habis segala harta pusaka bonda mak dipajak dan digadai semata-mata untuk melihat anak-anaknya hidup senang di kemudian hari. Mengharap gaji ayah sebagai seorang pendidik yang tidak seberapa dalam menanggung anak yang seramai tujuh orang sememangnya tidak pernah mencukupi. Maklumlah bukan sahaja anak yang seramai tujuh orang ini sahaja yang arwah ayah tanggung bahkan adik-adik tiri ayah yang seramai 10 orang lagi juga perlu ayah tanggung persekolahan mereka. Menitis air mata mak ke bumi. Mak segera menyeka air matanya dengan hujung tangan baju kurung kusamnya itu. Sejurus itu mak rasakan bahawa mak tersalah memilih kehidupan ini. Kenapa kehidupannya penuh dengan kesengsaraan. Penderitaan dan kesedihan. Menitis lagi air mata mak. Gugur dan jatuh ke bumi. Berkata hati kecil mak kenapalah kehidupannya tidak seperti Hajah Gayah, Makcik Besah dan jiran-jiran yang lain. Sekurang-kurangnya ada juga anak-anak mereka yang masih sudi untuk mengetahui sakit pening orang tua mereka. Tidaklah terasa terbuang dan terasing sungguh seperti dirinya ini.

Entahlah dalam sehari mak sukar untuk mengerti kenapa hati tuanya kian terusik. Begitu mudah untuk tersentuh dan akhirnya air matalah menjadi temannya. Anak-anak mak semuanya berjawatan besar. Semuanya berpendidikan besar. Semuanya kahwin dengan orang besar-besar dan apa yang mak tahu ialah sekarang ini semua anak-anak mak tu semuanya hidup dalam kekayaan. Memandang mak bagaikan satu kehinaan. Mak memang terasa kehinaan diri tuanya ini amat dibenci oleh anak dan juga menantunya. Mak beranggapan bahawa tidak semua anak mak akan bertindak sedemikian. Mak beranggapan bahawa Usu tidak mungkin sanggup membuang mak seperti mana dengan abang dan kakaknya yang lain. Sangkaan mak benar-benar meleset. Usu langsung membuang mak bagaikan sampah selepas dia berkahwin dengan adik sepupu Menteri Kabinet. Malu katanya dengan mak. Malu dengan pembawaan mak. Malu dengan pemakaian mak. Malu segala-galanya dengan apa yang ada pada mak. Mak adalah satu kehinaan bagi Usu untuk ditonjolkan kepada keluarga iparnya. Malu bermakkan seorang perempuan tua yang sudah berkedut seribu dimamah usia ini. Malu sebab semua pakaian mak lusuh dan tidak sedap dipandang mata.

Sejak dari kecil mak tatang semua anak-anak mak bagaikan menatang minyak yang penuh. Sakit pening anak-anak mak adalah sakit pening mak juga. Mak mahu melihat anak-anaknya menjadi orang yang berjaya dan ternama. Hajat mak itu memang kesampaian tetapi sekiranya kini mak menutup mata, mungkin hatinya akan tersengkang dengan kesedihan yang teramat sangat kerana anak-anaknya memang berjaya. Anak-anaknya memang menjadi orang ternama tetapi anak-anaknya juga malu mengakui mak sebagai mak mereka kerana mak bukanlah dari golongan orang yang ternama. Air mata mak menitis lagi. Kesedihan mak memang tidak dapat dibayangkan lagi. Alangkah bahagianya jika mak dapat mencontohi opah yang kini hidup senang lenang walaupun hanya membesarkan anak-anak tiri dan anaknya sendiri yang seramai 11 orang. Tiada seorang pun daripada mereka yang melupakan opah. Tidak pernah rumah opah sepi dari gelak tawa cucu-cucunya. Rumah mak terus sepi. Sepi bagaikan berada dihujung dunia. Sepi bagaikan langsung tiada berpenghuni. Sepi dengan segala-galanya.

Mak sangkakan bahawa anak-anak mak akan mencontohi jejak langkah pakcik dan makciknya (adik beradik arwah ayah), malangnya air mata mak mengalir lagi. Lesu hatinya memikirkan kesuraman hidupnya. Hanya air mata terus mengalir menemani mak.

"Opah! Opah!"
"Assalamualaikum!"
"Opah! Opah!"
Hati mak tersentak. Sudah meninggi matahari rupanya. Segera mak menyeka air matanya daripada terus mengalir.
"Hah..Kamarul masuklah"
Mak melihat dengan sayu kedatangan cucunya yang rajin menziarahnya itu. Ditangannya dibawanya bekas makanan yang dibawa dari rumah Halimah, anak sulungnya yang duduk jauhnya 3 lorong dari rumahnya itu.

"Apa khabar opah, ni ada mak buatkan lauk gulai masam tempoyak yang opah hendakkan semalam tu," Kamarul dengan segera menyalinkan bekas-bekas makanan yang dibawanya ke dalam pinggan.
"Kenapa mata opah merah? Opah menangis ke?" Kamarul mula merapati mak.
Hati mak tersentuh lagi. Air matanya terus mengalir. Kalau tidak kerana Halimah, anak sulungnya, sudah lama dia mati kelaparan di sini. Tapi apa boleh buat, Halimah kini milik Bakar, suaminya. Mak masih ingat lagi kerana maklah nyaris Halimah dan Bakar berbalah sampai nak jatuh talak. Mujurlah mak segera ambil tindakan segera balik semula ke rumahnya. Apakah malang nasibnya. Ada anak yang mengambil berat tentangnya, menantunya pula tak suka. Hiba.

Mak memandang jauh keluar jendela rumah. Entahlah kenapa sejak kebelakangan ini hatinya begitu mudah terusik. Kenapa sekarang memori kenangan silam begitu ligat berputar di dalam lingkaran otaknya. Kenapa sekarang barulah mak benar-benar mengalami kesunyian itu.

Kerisauan mak semakin ketara bila Kamarul memberitahunya bahawa Usu akan melahirkan anaknya bila-bila masa sahaja. Hati mak begitu teringin melihat cucunya. Cucu yang mungkin akan ditatapnya buat kali terakhir. Kali terakhir sebelum nafasnya terhenti. Hati mak meronta-ronta untuk menghubungi Usu.

Bagaikan diseru, anak mak Angah Kamariah singgah ke rumah hari ini. Mak gembira bukan kepalang. Hatinya meminta agar Angah Kamariah dapat menelefon Usu. Mak teringin sangat untuk bercakap dengan Usu. Mak teringin untuk melihat cucu mak yang bakal lahir itu. Mak benar-benar kepingin.

"Mak jangan buat tabiat! Duduk ajelah kat rumah ni. Jangan nak gatal nak berjalan ke rumah Usu," bentak Kamariah. Mak tergamam. Air mata mak mengalir lagi. "Aku bukan apa, aku teringin sangat jumpa Usu, sekurang-kurangnya kau tolonglah tekankan nombor telefon dia…biar aku yang cakap dengan dia.."rayu mak pada Angah Kamariah.
"Hish…menyusah aje orang tua ni..tak faham-faham ke…orang kata tak nak! Tak nak le! Jangan pandai-pandai nak telefon Usu, karang menyusahkan dia aje. Malu orang tengok mak nanti,"

Hati mak semakin hiba. Terguris pilu yang tiada berdarah tetapi kepedihan itu amat memeritkan. Adakah semua anak-anaknya malu sebab beribukan seorang perempuan kampung sepertinya.

Hati mak semakin diruntuh dengan sebak yang amat mendalam. Dalam hati kecilnya terselit seribu penyesalan yang teramat sangat. Menyesal kerana melahirkan anak-anaknya selama ini. Menyesal mengandungkan kesemua anak-anaknya selama 9 bulan 2 minggu selama ini. Air mata mak mengalir lagi. Sebak di dadanya tiada ubatnya. Keruan hatinya semakin melarat. Kekecewaan bergelinang di lubuk hatinya.

Hati tuanya kian terusik. Pusara ayah diziarahinya. Batu sungai yang menjadi nisan persemadian ayah, mak dakap, mak peluk. Air matanya mengalir. Empangan air matanya sendiri tidak dapat menahan rasa sebak di hati ini. Air mata itu semakin deras mengalir. Pada siapa lagi yang boleh mak luahkan. Pada pusara ayahlah tempat mak mengadu segala rasa sebak di dadanya. Mak berharap agar roh ayah dapat melihat betapa deritanya hidup mak kini. Mak harap roh ayah dapat merasakan kelukaan di hati tuanya kini. Itulah harapan mak. Walaupun mak tahu apa yang mak buatkan ini seolah-olah menyalahkan takdir yang menentukan tapi mak terpaksa meluahkan kekusutan hati tuanya itu. Sebak dalam dadanya yang kian bersarang. Semakin deras air mata mak melepasi empangannya. Semakin lama semakin deras.

Kesyahduan petang ini berhiaskan kesuraman ufuk kirmizi bagaikan berkabung dengan penderitaan yang mak alami. Kemerahan suasana suram ini bagaikan bermurung dengan semua kesayuan yang mak pendamkan di hati tuanya.

"Mak ke mana tadi?" jerkah Angah Kamariah sebaik sahaja mak menjejakkan kakinya di ambang pintu.

Hati mak semakin merekah kesedihan.

"Mak tak dengar ke apa yang saya tanya ni?" semakin kuat jerkahan Angah Kamariah.
"Kau tak boleh tanya aku dengan baik ke Angah? Kau ingat aku ni pekak ke? Kau tak tahu aku ni siapa yang kau nak jerkah-jerkah? Aku ni kan mak kau!" dalam hiba mak melepaskan segala yang terpendam di dalam dadanya. Perasaan ini tidak dapat ditahannya lagi.
"Angah tanya mak tu dari mana? Mak bukannya sihat lagi. Kalau berlaku apa-apa siapa yang susah. Angah juga yang susah. Cubalah dah tua-tua tu duduk kat rumah. Janganle gatal nak berjalan ke sana sini. Nanti siapa yang susah!"

"Apa yang kamu susahkan. Kalau aku mati lagi kamu suka. Bukan begitu?" Luahan mak bagaikan gunung berapi yang meletus.

"Apa yang mak cakapkan ni?" pintas Angah.

"Kamu dulu masa kecil aku jaga, aku tatang tapi kamu layan aku macam aku ni orang gaji. Kamu ndak herdik ke? Nak marah ke? Kamu ingat aku ni tak ada perasaan ke? Kamu ingat aku ni orang tua tumpul ke?" Air mata mak semakin tidak boleh disekat. Jelas di raut mukanya mak ingin melepaskan segala-galanya. Melepaskan apa yang terbuku di dalam sanubarinya selama ini. Biarlah Angah mengatakannya sebagai mengungkit segala kisah silam tapi itulah yang ingin dilafazkan oleh mak. Mak inginkan ketenangan dulu maka biarlah mak meluahkan kebukuan dihati tuanya ini.

"Mak…. Angah tak kata begitu, mak jangan salah sangka!" Angah bagaikan terpana dengan hirisan hati mak. Cetusan yang mak sampaikan bagaikan halilintar yang menyentak keperibadian Angah Kamariah. Angah Kamariah bagaikan cuba berselindung di balik tirai yang jarang. Menipu keadaan memaksa perasaan.
]
"Selama ini aku bersusah payah membesarkan kamu semua. Pernah kamu berterima kasih dengan segala apa yang aku berikan!" cetusan mak semakin menyala.

"Pernah kamu bertanya tentang perasaan aku? Kesepian aku selepas ayah kamu pergi? Pernah kamu kisahkan semua itu?"


Air mata mak tidak dapat dikekang lagi. Mengalir sekali lagi. Harapannya untuk kali yang terakhir untuk tumpah menimpa bumi. Melepaskan perasaan yang terbukam sepi dalam sendu hatinya.

"Kau buat aku macam abdi sahaja dalam rumah ni… dan semua anak-anak yang aku lahirkan semuanya sama. Mentang-mentanglah aku ni hanya perempuan kampung. Selama ini aku bangga dengan semua anak-anak aku. Semasa kecil aku tatang bagaikan minyak yang penuh. Habis barang kemas aku gadaikan demi pelajaran anak-anak aku. Tapi aku silap... aku sebenarnya telah melahirkan tuan kepada aku. Tuan besar yang menganggap aku ni hamba abdi mereka. Seolah aku ni tidak layak dipanggil mak. Aku tidak layak menyatakan syurga itu di bawah telapak kakiku,"

Ketenangan hati mak yang tergugat akhirnya goyah. Kesetian hati tuanya pada kesuraman jiwa dan perasaan akhirnya meledakkan sebuah perasaan yang menggentaskan sanubari.
Mak rebah selepas itu. Angah Kamariah tergopoh gapah. Air mata Angah Kamariah jelas mengalir. Jelas dalam kesamaran. Antara kesedaran dan keinsafan. Angah Kamariah bagaikan terpukul melihatkan dalam rebah mak yang dilinangi air mata tuanya, riak mukanya bagaikan tersenyum. Tersenyum kerana semuanya telah berakhir.

"Mak!!!!!!!" Hanya itu sahajalah yang mampu Angah Kamariah lafazkan.

p/s - berbaiklah dengan kedua orang tuamu sebelum mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ingatlah bahawa jasa mereka dalam melahirkan dan membesarkan kita semua terlalu berharga dan jangan disesalkan akan pemergian mereka ke pangkuan Ilahi.

Jangan mengeluh...

Kita selalu Bertanya.
dan Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Renungan buat si suami...

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~
Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku.

Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Kemudian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai. Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!

~~~~~
"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"
Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.... .....

Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la isteri anda..

Friday, October 7, 2011

Simbiosis Dalam Kehidupan...

Dengan nama Allah, Tuhan yang memiliki setiap jiwa-jiwa dan alam ini.

Sesekali kita perlu bertafakur untuk memuhasabahkan diri mencari Cinta Rabbul Alamin melalui makhluk-makhluk-Nya yang sentiasa taat.

Melalui pemerhatian demi pemerhatian yang dilakukan kita akan sedar bahawa hidup ini merupakan 1 simbiosis. Simbiosis yang sangat luas maknanya.

Simbiosis antara hamba dan tuhan-Nya, simbiosis antara anak dan keluarganya, simbiosis antara Mujahid dan cita-cita ummah, simbiosis antara murabbi dan mutarabbinya, simbiosis antara Islam dan musuhnya, simbiosis antara khalifah dan alam yang dipertanggungjawabkan keatasnya, juga, simbiosis antara manusia dan syaitan.

Perkataan yang lahirnya dari tamadun Greek ini telah memberi ringkasan tentang "Hubungkait" dan "Kehidupan". Tapi, jika dikaji sedikit lagi, terdapat jaringan pecahan lagi dibawah makna Simbiosis ini, yang membawa makna yang berlainan.

Commensalism, Mutualism, Parasitism dan Amensalism.

Tidak perlu untuk saya huraikan makna secara terperinci, tetapi cukuplah untuk saya membawa kalian mengembara sejenak sambil mengimbau masa-masa yang telah berlalu.

10 tahun dahulu,
10 hari yang lalu,
10 jam yang lalu,
atau mungkin 10 minit yang lalu.

Bagaimana rasanya kita ber"interaksi" dengan Allah s.w.t? Manusia di sekeliling kita? Makhluk lain yang sentiasa bertasbih di sekeliling kita? Dan bagaimana pula kita berinteraksi dengan musuh yang nyata; syaitan?

Hidup ini  adalah medan ujian untuk manusia sesuai dengan firman Allah,
"Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)."(Al-Mulk: 2)

Binasalah diri jika simbiosis kita antara syaitan dan juga Iblis merupakan Simbiosis Mutualism yang memberi manfaat kepada makhluk ingkar itu.

Kerana Simbiosis bagi Iblis hanyalah Parasitism yang sentiasa bermati-matian menarik berbondong-bondong anak-anak Adam a.s ke dalam neraka.

Ada yang memberi alasan; "Aku tengok ramai je orang yang kaya-raya berfoya-foya macam dah tak ingat dunia, tidak ditimpa bala, tidak menjadi miskin malah yang tidak menutup aurat dengan sempurna semakin hidup dengan gembira hari demi hari."
Sungguh rugi mereka yang beranggapan demikian.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Riwayat At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Ya, istidraj. Nikmat yang diberi oleh Allah untuk menyesatkan lagi, bukan mendekatkan mereka kepada Rabb nya.

Bagaimana pula Simbiosis kita dengan ibu bapa kita? Di mana doa-doa kita untuk mereka setiap hari? Tingginya martabat ibu dan bapa di dalam Islam sehingga dizahirkan dalam Quranul Karim.

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah tempat kembalimu(untuk menerima balasan)." (Luqman 31:14)

Terdapat juga potongan ayat dari Quranul Karim juga yang telah menjadi doa basahan bagi kebanyakan kita. Cuma mungkin tidak perasan bahawa ianya datang dari Surah Al-Isra'.
Firman Allah:

"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika waktu kecil." (al- Isra'17:24)

Persoalannya, bagaimana kita hendak mendapat ilmu-ilmu dan nasihat-nasihat yang dapat mendorong kita ke arah kebaikan dan keselamatan dunia dan akhirat?

Jawapan yg biasa didengari ialah, "Balik kepada Al-quran dan Hadis."
Tetapi, secar jujur jawapan ini tidak memberi solusi yang optimal kepada sang penanya. Dia memerlukan jawapan yang praktikal, jawapan yang logik dan jawapan yang tidak terlalu ideal bagi hamba yang sedang mencari-cari cahaya Ilahi.

Cadangan saya, berbalik kepada topik asal.

"S I M B I O S I S"

Carilah dan berinteraksilah dengan hamba-hamba yang dapat mendekatkan kita dengan Allah. Wujudkan hubungan erat lagi istimewa dengan manusia-manusia ini.

Bukanlah kesempurnaan mereka yang kita nilai, tetapi kesungguhan mereka untuk mendekatkan diri kepada Rabbul 'Alamin yang kita hargai, Mereka juga manusia biasa yang tidak ma'sum.

Ringankan mulut untuk bersuara, hayunkan kaki untuk melangkah dan kuatkan hati untuk membuat keputusan untuk bersama mereka.

Di dalam sistem inilah kita belajar bersabar akan pelbagai perkara, belajar berkorban untuk kepentingan ummah dan belajar memperbaiki diri perlahan-lahan.

Sekurang-kurangnya dihadapan Allah s.w.t di akhirat kelak, apabila ditanya,
"Apa yang telah kau usahakan untuk mendekatkan diri kepada-Ku dan membantu agama-Ku?"

Kita mungkin boleh menjawab dengan senyuman,
"Ya Allah, aku telah bersimbiosis dengan hamba-hamba-Mu yang sentiasa cuba memperbaiki diri mereka, dan kami juga telah berusaha melakukan beberapa perkara dan kaedah agar lebih ramai manusia bersimbiosis dengan kami agar kami semua menjadi sebahagian daripada hamba-hamba-Mu yang memenangkan agama-Mu."

Ya Allah ya Tuhanku, terimalah pengorbanan kami dan usaha kami.

Selamat Bersimbiosis!


Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu...

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Jodoh di Tangan TUHAN...

Renungkanlah..

Ya Allah, seandainya engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
Ya Tuhan Maha Mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,
dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama
dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
adalah yang terbaik buatku,
kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik
buat hamba-mu ini

Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku
berikanlah aku insan yang lebih baik
jika dia bukan jodohku

Ya Allah,cukuplah engkau sahaja
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
jangan engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun diakhirat
jauhkanlah aku dari terjurus ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai
dan kurniakan kepadaku keturunan
yang soleh dan solehah
berilah kami kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat