Kan Ku terus mengatur langkah mencari CintaMu...

Thursday, October 28, 2010

4 golongan LELAKI ke neraka..


Pertama:- 'Ayahnya'
- Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya'
- Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya'
- Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya..
Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya'
- Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam..
Maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda.. Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Nilai seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab. Insya-Allah.

AMIN YARABBALALAMIN

...oleh Islamic Glory...

Tuesday, October 19, 2010

Perjalanan Hidup...

Perjalanan hidup ini
perlu menempuhi onak dan duri
masih jauh untuk diterokai
pahit dan getir perlu diharungi

untuk menuju ke destinasi
perlukan jutaan pengorbanan
untuk tiba ke puncak yang tujui
seperti yang diharap-harapkan

Senang atau sukar
menempuh ranjau perjalanan
menggapai matlamat sebenar
menghadapi liku penerokaan

sememangnya perlu meniti
suatu fasa kehidupan
yang panjang tanpa disedari
bagi meraih suatu pengalaman

Pendakian hidup ini
mungkin sukar untuk direalisasikan
seperti yang diingini
seperti yang diimpi-impikan

kalau sekadar
hanya membawa bingkisan ilmu
kalau sekadar
hanya diperolehi dari buku

segulung ijazah bukan ukuran tepat
menilai suatu kejayaan
tapi lebih kepada melihat
seberkas nilai kehidupan

yang digunakan sebaik mungkin
agar tidak disia-siakan
yang disebarkan pada yang miskin
agar terus diperkembangkan

Thursday, October 14, 2010

Cinta...

Kata orang
cinta itu indah.
Kata orang juga
cinta itu sungguh menyakitkan.

Ada juga yang kata
tanpa cinta
manusia tidak dapat merasai
makna kehidupan sebenar.

Tapi cinta,
bukan hanya merangkumi
cinta antara kaum adam dan hawa
seperti kisah cinta
antara Laila dan Majnun,
kisah epik cinta Romeo dan Juliet.

Cinta itu luas pengertiannya.
Kasih antara anak dan ibu bapa
juga dipanggil cinta,
kasih sayang antara sahabat
boleh juga ditafsirkan sebagai cinta,
sayangi alam sekeliling
walaupun bukan sesama manusia
juga boleh diertikan sebagai cinta.

Tapi cinta yang paling agung
adalah cinta pada yang Esa.
Cinta pada yang Satu
Cinta yang akan berkekalan

Kita sebagai manusia sudah dianugerahkan
dengan perasaan kasih dan cinta
dan kita harus menghargai
anugerah yang tidak ternilai ini.

Wednesday, October 6, 2010

Kunang-Kunang...

"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam,
memadailah kita menjadi kunang-kunang yang menemani malam"



Kunang-kunang...
tidak ingin kalah dengan bulan dan bintang
yang berkelipan menerangi malam
Kunang-kunang...
  megah memancarkan sinar cahayanya
menerangi malam-malam yang suram...



Tuesday, September 28, 2010

Bersediakah kita...

Sudah Bersediakah Kita Ketika Dipanggil Pulang Oleh Ilahi?...
                           
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!

Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus......
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud......
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....

Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada.....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!

Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!

Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air mani yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'..
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna.
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
' Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikan'

Thursday, September 23, 2010

Kawan / Teman / Sahabat

Siapakah yang boleh dianggap sebagai kawan?
Bilakah seseorang itu boleh dikatakan sebagai teman?
Bagaimanakah rupa sebenar seorang sahabat?
Apakah yang membezakan antara kawan, teman dan sahabat?
Siapa kawan baik, siapa teman rapat dan siapa sahabat handai?

Adakah kawan itu adalah geng?
Iya geng, orang-orang yang sekepala.
Geng lepak, geng borak, geng bola, geng gila-gila...
Ermm,

Kawan!
Siapa-siapa pun boleh jadi kawan, boleh jumpa di mana-mana dan boleh dapat pada bila-bila masa.
Kawan boleh datang dan pergi tak kira waktu, akan muncul bila senang dan terus hilang bila susah.

Teman!
Seorang yang mengenali, berkawan baik dan rapat dengan kita.
Hadir apabila diperlukan, setia menemani tak kira masa, sedikit sebanyak boleh berkongsi masalah dan menjadi pendengar yang prihatin.

Sahabat!
Adalah kawan dan teman sejati.
Insan yang betul-betul memahami, peka dengan kehidupan kita dan sanggup berkorban susah dan senang.
Seseorang yang tidak berkira, tidak lokek dan tidak jemu dengan telatah kita.
Akan merasa bahagia jika kita bahagia, berasa senang bila kita senang dan gembira bila kita gembira.
Kita akan diutamakan sehingga melebihi dirinya sendiri.
Masa, wang ringgit, harta benda dan barang-barang berharga rela dikongsikan malah sanggup diberikan.
Tiada apa pun yang boleh membezakan antara dia dan kita, tiada benda yang boleh menghalangnya demi berbakti kepada sahabat dan tiada sesiapa pun yang boleh menyakiti kita.

Ermm, inilah yang dikatakan sahabat handai.
Kawan, teman dan sahabat yang benar-benar memahami.