Kan Ku terus mengatur langkah mencari CintaMu...

Wednesday, February 29, 2012

6 Tips Menjadi Suami Terbaik Di Mata Isteri...

Ringan Tulang – Jangan jadi tuan di rumah dengan memerhatikan saja isteri melakukan semua kerja rumah. Sesekali, ringankan tulang membantu isteri menyiapkan meja makan untuk berbuka dan bersahur.
 
Ambil Hati Isteri – Beri kata pujian terutama apabila masakan pilihannya untuk berbuka memang enak. Jangan diperbesarkan hal yang kecil sedangkan ia boleh diselesaikan sendiri oleh si suami contohnya masakan kurang garam atau minuman tawar.  Jangan terlalu manjakan diri kerana isteri bukannya orang gaji.

Uruskan Anak-Anak – Jika lihat isteri terlalu sibuk dengan urusan lain, tolong uruskan anak-anak seperti menukarkan lampin atau menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Layan kerenah anak supaya mereka tidak mengganggu ibunya yang sibuk di dapur.

Tunjukkan Kasih Sayang – Bekerja seharian dan kemudian melakukan kerja di rumah memang memenatkan. Oleh itu, lelaki harus faham jika isteri kadang-kadang kurang melayan suami.  Apabila lihat isteri keletihan, urutkan badan dan kakinya. Tunjukkan kasih sayang sebagai suami. Sentuhan dan belaian suami mampu menjadi vitamin untuk isteri melakukan kerja rutinnya tanpa keluhan.

Sediakan Pembantu Rumah  - Kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, menyapu sampah, menyusun dan mengatur bukanlah tugas isteri. Justeru jika mampu, sediakan pembantu rumah untuknya. Sekurang-kurangnya, isteri tidak terlalu penat hingga tiada masa untuk suami dan anak.

Doakan Kebaikan Untuk Isteri – Ambil kesempatan untuk mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada isteri ketika Ramadan ini. Doakan juga supaya isteri diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk dia terus menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai isteri.

No comments:

Post a Comment