Pesanan
Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang
enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan
engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini.
Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak
kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah : wanita
sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada
dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka
mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga.
Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya
yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami
yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih
baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak
bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat
perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada
tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan
memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut
nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja
dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka
menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome
sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
Pertama wanita
sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri
bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka
melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang
kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi
isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang
lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan
itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya
tukang sibuk dan komen saja.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.
No comments:
Post a Comment