Assalamualaikum w.b.t.
Awak,
Waktu kecik-kecik dulu, mak ayah kita
mesti suruh kita belajar silat, taekwondo, senang kata 'martial arts'
kan?? Bila kita tanya kenapa, mesti mereka jawab nanti kalau ada orang
jahat, boleh kalahkan orang jahat. Kita pun mulalah berangan kita jadi
'power rangers', 'powerpuff girl' dan sebagainya. Mulalah pasang impian
nak jadi superhero, nak kalahkkan orang jahat. Bila cikgu tanya, "besar
nanti nak jadi apa?" Terus jawab dengan penuh semangat, "Saya nak jadi
superman!!"
Tetapi bila umur dah semakin bertambah,
tiba-tiba kita rasa macam 'no point' belajar segala macam 'martial arts'
itu. Sebab sekarang semakin canggih. Orang jahat bawak M16. Barulah
kita nak bukak langkah silat, orang jahat angkat je M16, terus kita
bukak langkah seribu. Macam kita belajar 'martial arts' itu saja-saja
nak buang duit mak ayah. Rasa tak macam tu??
Awak, zaman sekarang ni bukan kehebatan
kita dalam 'martial arts' yang dipandang. Tetapi kehebatan kita menjaga
hubungan dengan Allah, menjaga iman, menjaga nafsu tu yang paling
penting. Mesti awak tertanya-tanya apa kaitan 'martial arts' dengan
iman, nafsu ni semua. Mesti awak kata orang yang tengah tulis surat ni
dah senget. huhu~
Zaman sekarang ni, kalau kita tak kuat,
senang sangat kita nak terjebak dengan benda merepek-repek itu. Cuba
bayangkan, kalau orang itu iman dia macam biskut, mesti dia senang
sangat nak jadi jahat. Sebab itu kita kena pelihara iman kita.
Kalau hubungan kita dengan Allah kuat,
iman kita pun jadi kuat, InsyaAllah yang lain pun jadi kuat. Cuba tengok
sahabat--sahabat Rasulullah SAW. Hubungan mereka sangat kuat kepada
Allah. Jika sebelum islam mereka menentang Rasulullah, tetapi setelah
mereka memeluk islam kerana mencari redha Allah, mereka sanggup
tinggalkan keluarga, harta demi ikut baginda berhijrah ke Madinah. Tiada
satu pun yang menghalang mereka untuk tidak ikut berhijrah.
Tapi sekarang, zaman seakan berubah,
seakan dah macam zaman jahiliyah semula. Kalau ada orang tu "Baik in
terms of Allah and Rasul", mesti orang pandang pelik pada dia. Jika
pakai kopiah di anggap jumud dan tidak maju. Pakai baju jubah di anggap
tidak pandai bergaya dan berfesyen 'basi'. Maksudnya sekarang, maksiat
tu sangat berleluasa. Tak kisah la di ceruk mana pun.
Sehinggakan yang baik itu tampak jadi
asing, yang dedah aurat, gaul bebas, zina dan arak jadi perkara biasa.
Jadi, apa yang boleh tolong kita nak 'counter' maksiat ni, bukannya
'martial arts' yang berbunga-bunga tu yang penting untuk selamat kita
dari bencana akhlak dan iman tu, tetapi hubungan kita dengan Allah dan
juga iman kita.
Kalau kita hebat di gelanggang silat,
tetapi iman kita macam biskut, tidak berguna. Lagipun Allah tidak
pandang pun 'martial arts' kita itu, jadi tak perlulah nak
bermegah-megah dengan 'martial arts' tersebut.
Saya tahu mesti awak kata, "susah la nak
jaga iman! Iman ni kan senipis kulit bawang. Senang je nak terkoyak."
Saya dah agak awak akan petik kata-kata itu. Tidak mengapa, kita semua
tidak sempurna. Kita semua memang tidak boleh jadi sempurna, tetapi kita
boleh berusaha untuk jadi lebih baik.
"Perfection is impossible but effort to be a better is possible."
Saya pun bukan baik sangat. Kadang-kadang
saya pun tersilap. Tapi jika kita sedar kita dah tersilap, teruslah
cepat-cepat bertaubat. Sama-sama kita budayakan sentiasa berdoa.
Istiqamahkan meminta pada Allah agar dipelihara iman kita yang senipis
bawang ni. Jika saya tersasar, cepat-cepat tegur saya. Nasihat saya agar
saya sedar dan tidak terus berada di dalam kepompong kejahilan dan
dosa.
So, lets be a better person together! Ingat tau awak, sekarang ni bukan zaman bersilat lagi dah, tetapi zaman mengukuhkan iman kita supaya kita tidak terjerumus sekali ke dalam lembah kemaksiatan.
So, lets be a better person together! Ingat tau awak, sekarang ni bukan zaman bersilat lagi dah, tetapi zaman mengukuhkan iman kita supaya kita tidak terjerumus sekali ke dalam lembah kemaksiatan.
Saya rasa setakat ini dahulu surat saya
untuk awak. Saya tulis surat ini sebab saya nak masuk Jannah dengan
awak. Kita kena saling mengingatkan kerana manusia itu sifatnya mudah
lupa. Ukhwah fillah.
No comments:
Post a Comment